|
作者: ace
|
|
2006-10-05 |
Maklumat ringkas
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) merupakan sebuah parti politik progresif pelbagai kaum yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Matlamat utama Keadilan ialah membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu.
Keadilan merupakan hasil percantuman Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada 1999; dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang ditubuhkan pada 1955. Majlis pelancaran Keadilan diadakan pada 3 Ogos 2003 dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 2004.
Keahlian Keadilan kini hampir 200,000 orang dengan bahagian dan cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Keadilan dipimpin oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang majoriti ahlinya dipilih pada Kongres Nasional Keadilan setiap 3 tahun. Ahli-ahli MPT lain pula dilantik selepas Kongres Nasional.
Keadilan juga mempunyai dua bahagian lain iaitu Wanita dan Angkatan Muda. Ahli-ahli Angkatan Muda terdiri daripada lelaki dan wanita berusia di bawah 40 tahun.
Organ rasmi Keadilan ialah Suara Keadilan yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dengan sisipan Bahasa Tionghoa.
Laman web rasmi Keadilan ialah KeadilanRakyat.org di http://www.keadilanrakyat.org.
联络
地址
|
: 110-3 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
|
Email
|
:
此邮件地址受阻挡spam的自动程序保护,需要激活Javascript功能才能查阅。
|
电话
|
: 03-2272-3220 / 4220
|
传真
|
: 03-2272-1220
|
党徽下载
|
|
最近更新 ( 2007-06-04 )
|